Politik

UMNO bukan hamba sesiapa untuk dibuli, diganyang

UMNO bukan hamba sesiapa yang boleh dibuli dan diganyang, kata Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, UMNO merupakan sebuah parti yang ada maruah dan nilai diri,
“Saya akui selama ini saya diminta untuk membubarkan UMNO. Parti ini sudah berusia 75 tahun dan jasanya buat agama, bangsa dan tanah air tidak ternilai.
“Keputusan saya untuk tidak membubarkan UMNO menyebabkan saya kini berdepan laluan yang amat sukar.
“Saya sedar saya antara ahli politik yang berdepan pertuduhan paling banyak di Malaysia. Itu antara harga yang perlu saya bayar sendiri.
“Saya juga tahu, kedegilan itu menyebabkan saya tidak dilantik sebagai menteri. Tetapi, itu bukanlah perjuangan saya,” katanya dalam kenyataan.
Ahmad Zahid berkata, perjuangan sebenar adalah tentang nasib agama, bangsa dan tanah air yang akan diteruskan. Jika menurut perintah bubarkan UMNO, semuanya akan musnah.
Katanya, ketika Persidangan Agung UMNO 2020 di PWTC pada Sabtu dan Ahad lepas beliau mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan serta akar umbi.
Katanya, mereka minta UMNO tarik sokongan kepada kerajaan PN. Mereka juga gesa Ahli Parlimen UMNO meletakkan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC.
“Keputusan yang saya lakukan ini adalah berdasarkan suara perwakilan, akar umbi dan ahli MKT UMNO.
UMNO ada maruah dan nilai diri. Kita bukan hamba untuk mereka buli dan ganyang,” katanya. – SM
(Visited 454 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button