Nasional

Kertas siasatan terhadap Guan Eng, Hadi Awang telah dihantar 17 Julai lalu

POLIS masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan membabitkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan sudah dihantar kepada Peguam Negara pada 17 Julai lalu.

“Kita sedang menunggu arahan lanjut sekarang, polis hanya jalankan siasatan dan masih tunggu keputusan mereka,” katanya, semalam.

Terdahulu, Ayob Khan merasmikan Majlis Penyerahan Bendera sempena Kejohanan World Police dan Fire Games Winnipeg 2023 di Bukit Aman.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Pada 16 Julai lalu, polis mengesahkan siasatan berhubung isu 3R terhadap kedua-dua pemimpin itu diserah kepada pihak Jabatan Peguam Negara selepas semua keterangan diambil.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, proses merekod keterangan dilaksana oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ Bukit Aman).

Siasatan terhadap Abdul Hadi dilakukan susulan kenyataan beliau di Facebook pada 8 Julai lalu yang mendakwa DAP ingin mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran liberalisme.

Guan Eng pula disiasat susulan kenyataan beliau yang mendakwa ‘gelombang hijau’ akan menjejaskan hak agama di Pulau Pinang. – SUMBER HARIAN METRO – SM

BACA Guan Eng terus menghasut rakyat guna 3R

BACA Guan Eng langgar 2 dari 3R, bila akan ditahan?

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button