AgamaNasionalNegeri

Raja Muda Perlis lawat Masjid Kunming Nancheng, China

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Masjid Kunming Nancheng di Zhengyi Road, Jingxing Community, Daerah Wuhua, Kunming, China semalam.

Keberangkatan tiba Baginda disambut imamnya, Ma Yong.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan Ma Yong di hadapan Masjid Kunming Nancheng di Zhengyi Road, Jingxing Community, Daerah Wuhua, Kunming, China

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan Bantuan Program Dakwah Dan Kemasyarakatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM1,000 melalui Ma Yong untuk pengimarahan masjid berkenaan.

Khutbah jumaat di Masjid Nancheng yang merupakan salah sebuah masjid paling terkenal di Wilayah Yunnan ini disampaikan dalam bahasa Arab dan Mandarin.

Ia telah mula dibina sejak sewaktu Dinasti Yuan pada tahun 1274 sehingga 1279 lagi oleh Sayyid Shams Al-Din Umar, Gabenor Wilayah Yunnan pada ketika itu.

Masjid berkenaan bukan sahaja merupakan tempat untuk beribadah, malah telah menjadi pusat untuk menyampaikan akidah dan juga budaya islam.

Pelbagai jenis kelas dijalankan dan ditawarkan seperti mengaji al-Quran untuk orang tua, kelas ilmu Hadis, Bahasa Arab dan juga Asas Islam.

Pada setiap musim panas, kelas-kelas pengajian bahasa untuk para pelajar kolej dan kelas untuk kanak-kanak turut diadakan di situ.

Ia juga mempunyai sebuah restoran dan juga kedai runcit yang menawarkan sajian halal. – SM

BACA Konvensyen Masjid-Masjid Perlis beri anugerah pengerusi, masjid lestari

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button