Politik

Keadilan Wilayah bersama Nurul Izzah

, –

Parti Keadilan Rakyat berdiri atas asas perjuangan rakyat — sebuah gerakan yang telah menyatukan suara-suara perubahan dari segenap pelosok negara. Dalam perjalanan membina negara yang lebih adil dan demokratik, KEADILAN telah melahirkan ramai tokoh yang bukan hanya berkebolehan, tetapi juga memiliki jiwa perjuangan yang tulus dan utuh.

Situasi cabaran serta perubahan lanskap politik semasa politik tanah air menuntut satu langkah yang berani dalam usaha memperkukuh KEADILAN sebagai parti yang sentiasa di hadapan dalam menerajui pentadbiran negara.

Dengan itu, KEADILAN Wilayah Persekutuan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi bagi mengangkat Nurul Izzah untuk terus menyambung obor perjuangan reformasi dengan memikul tanggungjawab Timbalan Presiden bagi pemilihan sesi 2025-2028.

Melalui beberapa siri libat urus bersama akar umbi di peringkat nasional, KEADILAN Wilayah Persekutuan mempunyai keyakinan teguh bahawa saudari Nurul Izzah Anwar bakal menerima sokongan padu selaku figura utama yang akan memberi nafas baharu dalam menguatkan jentera parti dalam mendepani PRU-16 yang akan datang.

Gelaran Puteri Reformasi dinobatkan kepada beliau yang sekian lama berdiri di atas kaki sendiri menempa nama sebagai pemimpin parti yang sebati dengan liku-liku perjuangan yang memberikan Nurul Izzah pengalaman luas mengemudi bahtera parti.

Sebagai penggerak utama kempen Ayuh Malaysia, beliau berjasa besar menghidupkan semangat anggota di seluruh negara serta menjadi watak pendamai bagi menyatukan KEADILAN sebagai satu keluarga besar yang akhirnya berjaya merealisasikan kemenangan parti untuk memerintah negara pada hari ini.

Sokongan ini bukanlah atas nama hubungan atau nostalgia sejarah perjuangan semata, tetapi atas keyakinan terhadap kapasiti dan integriti beliau sebagai pemimpin masa depan parti. KEADILAN memerlukan sosok seperti Nurul Izzah yang mempunyai diplomasi yang tinggi untuk merapatkan saf dan menyatukan kekuatan dalaman serta memperkukuh jalinan bersama rakan-rakan gabungan.

Insya-Allah langkah berani ini akan disahut oleh seluruh kepimpinan dan anggota parti untuk bergerak maju membawa harapan rakyat untuk Malaysia yang lebih baik untuk semua.

– –

/

/

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button