Hiburan

Keadaan kesihatan ratu irama Bollywood, Lata Mangeshkar stabil

PENYANYI tersohor Bollywood Lata Mangeshkar dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan.

“Keadaan beliau kritikal tapi bertambah baik, masih berada di unit rawatan intensif ICU dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Memerlukan sedikit masa untuk pulih,” lapor agensi berita PTI memetik sumber hospital pada Rabu.

Penyanyi berusia 90 tahun yang terkenal sebagai “ratu irama Bollywood” itu menderita jangkitan pada paru-paru dan dimasukkan ke Hospital Candy Breach Mumbai pada Isnin, lapor media tempatan.

Pernah menerima anugerah tertinggi India, Bharat Ratna pada 2001, lagu dendangannya dalam filem Bollywood senantiasa menjadi kegilaan peminat.

Sepanjang kariernya selama tujuh dekad, beliau telah menyanyikan ribuan lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Hindi, Marathi dan Bengali. — BERNAMA

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button