Nasional

Keadaan gerai yang rapat jadi punca kebakaran di Pasar Dato Keramat merebak pantas

STRUKTUR gerai yang berada dalam keadaan rapat dan tidak mempunyai dinding pemisah api menjadi punca api merebak dengan pantas dalam kebakaran di Pasar Dato Keramat, petang tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd. Fahmi Abd. Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.26 petang.

“Sebanyak lima buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, Setapak, Wangsa Maju dan Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian dengan kekuatan anggota sebanyak 58 orang.

“Setibanya di lookasi kejadian, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan deretan gerak yang dianggarkan berkeluasan 10X15 kaki persegi,” katanya.

Ihsan JBPM Kuala Lumpur

Menurutnya,  api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 6.25 petang.


Tambahnya, tiada mangsa yang terlibat dengan kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Petang tadi, kebakaran di pasar tersebut tular di laman sosial dan mengakibatkan beberapa jalan raya di kawasan sekitar menjadi sesak. -SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button