Agama

MAIPs agih lebih sejuta ringgit bantuan kecemasan masjid

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada tahun 2021 yang lalu telah mengagihkan ‘Bantuan Khas Kecemasan Masjid MAIPs’ sebanyak RM1,020,000 kepada 102 buah kariah, melaksanakan ‘Agihan Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ sebanyak RM21,776,386 untuk manfaat asnaf fakir dan miskin di seluruh Negeri Perlis dan melaksanakan ‘Agihan Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs’ melalui 102 buah kariah sebanyak RM594,000.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyempurnakan simbolik Penghargaan Untuk Amil Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bagi Tahun 2022 di Arau baru-baru ini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Nohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs manitahkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana semua inisiatif berkenaan dapat dilaksanakan hasil daripada sumbangan semua para penyumbang zakat yang budiman. Bagi MAIPs, semua para penyumbang zakat merupakan insan hebat yang terus menjadi tulang belakang dan kekuatan bagi MAIPs dalam terus menggalas amanah dalam kutipan dan agihan zakat.

Pada kesempatan yang sama baginda mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ pada hari semalam iaitu 8 Mei 2022 bersamaan hari ahad minggu ke dua dalam bulan Mei setiap tahun. Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut menitahkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah mendoakan serta mempersembahkan ucapan selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan baginda berdua yang ke-28 pada hari ini 9 Mei 2022.

(Visited 312 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button