Nasional

UPSI, Universitas Negeri Yogyakarta jalin kerjasama bidang sukan

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini dengan rasmi berkolaborasi bersama Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Indonesia dengan termeterainya perjanjian kerjasama yang ditandatangani kedua pihak di Ballroom Hotel UNY.

UPSI diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dan Dekan Fakulti Sains Sukan dan kejurulatihan, Dr Jaffry Zakaria manakala UNY diwakili oleh Rektor Bidang Akademik, Kemahasiswaan dan Alumni, Prof Dr Siswantoyo dan Dekan Fakultas Ilmu Keolahragaan, Prof Dr Wawan Sundawan.

Dr Jaffry bertukar dokumen dengan Prof Dr Wawan Sundawan (dua dari kanan) sambil disaksikan Prof Dr Siswantoyo (kanan) dan Md Amin (kiri) di Ballroom Hotel UNY , Yogyakarta

Menurut Prof Md Amin persetujuan kerjasama antara kedua pihak meliputi kerjasama akademik, penyelidikan bersama, program mobility, pelaksanaan persidangan, lawatan belajar, kerjasama latihan, latihan mengajar , serta pelaksanaan program komuniti.

Beliau berkata UPSI memiliki ramai tenaga pakar dalam bidang sukan, malahan proaktif dalam memajukan prasarana sukan peringkat nasional dan antarabangsa.

“UPSI mengalu-alukan kerjasama yang baik ini sekali gus memberi kebaikan dan manfaat keada kedua-dua pihak dalam bidang sukan,” katanya.

Selaras dengan aspirasi pengantarabangsaan , katanya, UPSI senantiasa meneroka kerjasama lebih luas bukan sahaja di dalam negara , malahan bersama universiti di rantau ini dan dunia.

Prof Dr Siswantoyo dalam ucapannya yakin dengan kerjasama antara kedua pihak, kakitangan dan pelajar dari dapat ke UNY dan sebaliknya bagi meluaskan lagi pengalaman bersama.

“Kami memilih UPSI sebagai universiti pendidikan yang bukan sahaja melahirkan pendidik, namun proaktif dalam membantu memajukan sukan negara Malaysia, “ katanya.

Hadir sama Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Shahril; Ketua Jabatan Sains Kejurulatihan FSSK UPSI, Dr. Noorzaliza binti Osman dan Ketua Jabatan Sains Sukan FSSK UPSI, Dr. Norhazira binti Abdul Rahim. -SM

Baca : UPSI bantu Brunei realisasikan Badan Kebangsaan Kemahiran Kegiatan Luar

(Visited 26 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button