Uncategorized

Hampir semua negeri lebih 40% penduduk dewasa terima satu dos vaksin

HAMPIR semua negeri telah mencatatkan lebih 40 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin kecuali Sabah.

Tertinggi Lembah Kelang yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya iaitu 98.4 peratus, Labuan (95.5 peratus), Sarawak (85.3 peratus). Negeri Sembilan (75.6 peratus), Perlis 64.6 peratus), Pulau Pinang (60 peratus) dan Melaka (53.7 peratus).

Pahang (47.4 peratus), Johor (46.5 peratus), Terengganu (45.5 peratus), Perak (44.7 peratus), Kelantan (41.7 peratus) dan Kedah (41.5 peratus).

Sementara Sabah merekodkan 35.4 peratus penduduk dewasanya menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) jumlah dos vaksin yang diberikan kepada rakyat telah mencecah 22.646 juta dengan 14.941 juta dos pertama dan 7.704 juta dos kedua.

Semalan sejumlah 494,214 dos diberikan melibatkan 230,053 dos pertama dan 264,161 dos kedua.-SM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button