Luar Negara

Monyet Liar Berbeza Kasta Bertempur Di Jalanan, Jalan Raya Sibuk Di Thailand Bertambah Sesak

Gara-gara Thailand memperkenalkan perintah berkurung, banyak monyet di Lopburi tidak lagi menerima makanan daripada pelancong atau pengunjung tempatan.

Sehubungan itu, monyet-monyet ini merayau-rayau dan bersaing untuk mendapatkan makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup pada masa yang sukar.

Baru-baru ini, terjadi satu kejadian luar biasa yang melibatkan monyet-monyet ini dan meski pun aksi mereka agak  ‘mengerikan’ namun orang ramai teruja untuk melihatnya.

Sebelum berada di situ, kesemua haiwan itu dilihat berpusu-pusu di depan sebuah kuil Buddha, lapor Daily Mail.

Melalui rakaman yang tular, kedua-dua kumpulan monyet itu sedang bersemuka di sebuah persimpangan jalan yang sibuk dan telah menyukarkan kenderaan di situ untuk bergerak.

Itulah yang dapat digambarkan apabila menyaksikan dua kumpulan monyet liar yang sedang ‘bertempur’ sesama sendiri di sebuah laluan trafik di Thailand.

Mungkin takut dengan monyet tersebut, beberapa penunggang motosikal juga dilihat berpatah semula dan tidak melalui jalan itu.

Terdapat jurang yang jelas di antara kedua kumpulan itu tetapi beberapa ekor monyet dilihat berani melompat ke tengah untuk ‘menegaskan kewibaaan’ mereka dan melakukan provokasi terhadap lawan mereka sebelum bergelut di antara satu sama lain.

“Saya berada di sebuah bangunan berhampiran dengan kuil dan ketika itu mendengar monyet-monyet tersebut membuat bising.

“Mereka dilihat ‘berdebat’ di antara satu sama lain dan kemudian mula bergelut,” kata seorang individu yang melihat kejadian itu.

Pergaduhan serupa yang melibatkan kumpulan monyet pernah dilaporkan berlaku pada bulan Mac tahun lalu ketika mereka bertengkar kerana makanan di sebuah landasan kereta api.

(Visited 714 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button