Sukan

KBS beri tumpuan tingkat infastruktur sukan luar bandar

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memberikan tumpuan kepada pembangunan infrastruktur sukan di kawasan luar bandar untuk dimanfatkan oleh masyarakat setempat.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ia bagi memastikan peruntukan untuk membina dan menaik taraf infrastruktur sukan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar.

“KBS memberi tumpuan kepada sukan luar bandar dan menambah baik infrastruktur di kawasan itu berikutan banyak negeri yang mempunyai kawasan luar bandar dan separuh bandar yang memerlukan infrastruktur yang baik.

“Sebagai contoh kami akan menambaik baik dewan, gelanggang futsal dan sebagainya di kawasan luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Amanat dan Sijil kepada Youth Power Club (YPC) di Kompleks Belia dan Sukan negeri Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Syed Saddiq berkata tumpuan akan diberikan di kawasan luar bandar yang mempunyai jumlah belia yang ramai agar infrastruktur sukan dapat dimanfaat sepenuhnya.

“Pembinaan sesuatu kompleks sukan… pihak kami akan melihat kepada keperluan di kawasan itu, jika perlu, kami akan usaha yang terbaik.

“Sebagai contoh di Sabah, kawasan sangat luas dan penduduk tidak tertumpu di satu tempat, apabila kita bina satu infrastruktur besar namun tidak boleh dimanfaatkan oleh ramai masyarakat, jadi kami bina infrastruktur yang kecil akan tetapi boleh dimanfaatkan lebih ramai masyarakat,” katanya.

Katanya begitu juga dalam aspek penganjuran program, belia ketika ini tidak mahu satu program yang berskala besar namun mereka mahu program berskala kecil tetapi ia diperbanyakkan di seluruh kawasan. – BERNAMA

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button