Nasional

Perlu Akta Hasutan dalam kes berkaitan institusi diraja

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan Akta Hasutan dalam pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Nor kerana kenyataan Menteri Besar Kedah itu menyentuh isu yang membabitkan kedudukan dan martabat institusi diraja.

Anwar berkata, jika ia hanya membabitkan kritikan kepada Perdana Menteri dan isu-isu lain, Sanusi yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mungkin tidak didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Dari segi dasarnya kita elak penggunaan Akta Hasutan tetapi ia menyentuh soal kedudukan raja-raja. Soal kritik perdana Menteri, saya tak pernah gunakan Akta Hasutan.

“Tetapi ini soal kedudukan dan martabat raja-raja yang harus kita pelihara dan elak daripada menjadi satu wacana perbahasan politik yang tidak sihat,” katanya ketika ditemui dalam majlis Sentuhan Agro Madani di Sekinchan.

Beliau diminta mengulas pendiriannya sebelum ini yang membantah penggunaan Akta Hasutan bagi tujuan pendakwaan.

Terdahulu, Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang pagi tadi atas dua pertuduhan membuat kenyataan hasutan terhadap raja.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sanusi didakwa melakukan kesalahan itu di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara, Gombak, 11 Julai lalu.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pendakwaan terhadap Sanusi perlu berjalan mengikut proses.

Beliau turut menafikan pertuduhan terhadap Sanusi bagi melumpuhkan PAS dan PN dalam PRN bulan depan.

“Jadi, biar kita hormat proses mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata “serbuan” pada jam 3 pagi tadi terhadap Sanusi di sebuah hotel di Mont Kiara adalah di bawah bidang kuasa polis dan tindakan diambil selepas laporan dibuat sendiri Dewan Diraja Selangor.

“Itu kita kena tengok…kemudian apa komen Sultan Selangor, kes tak selesai. Jadi, saya ingat ikut proses,” katanya seperti dilaporkan FMT. – SM

BACA Lim Guan Eng minta hapuskan Akta Hasutan dan Ekuinas namun Muhyiddin tolak

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button