Alam Sekitar

Ladang babi di Masjid Tanah diwartakan sebagai wabak ASF

KAWASAN ternakan babi di Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka diwartakan sebagai kawasan wabak Demam Babi Afrika (ASF) kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali hari ini.

Menurut Sulaiman, melalui pewartawan itu, kawasan ternakan meliputi 16 ladang komesial di kawasan berkenaan yang terbesar di negeri itu, kini akan dipantau dan dikawal ketat oleh pihak bertanggungjawab.

Beliau berkata, ia bertujuan bagi mengelak daripada berlakunya penularan jangkitan ASF dan terus
berleluasa.

“Kini pihak bertanggungjawab boleh menjalankan kerja-kerja pengawalan dan pemantauan dengan lebih ketat. Kita tidak mahu wabak ASF menular.

“Tiada had tempoh pewartaan sebab kita tidak tahu bila penularan jangkitan ASF ini akan berakhir,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Bemban Maju Jaya di Dewan Serbaguna Kompleks
Japerun, Bemban, Jasin, hari ini.

Sabtu lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah melupuskan sebanyak 1,864 ekor babi yang disahkan positif ASF di Paya Mengkuang.

Ketua Pengarahnya, Dr. Norlizan Mohd. Noor berkata, bagi mengawal dan mencegah rebakan penyakit ASF, JPV telah menguatkuasakan stamping out policy menerusi pemusnahan babi ladang yang telah disahkan positif
ASF.

Katanya, pemusnahan haiwan itu menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) berasaskan garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan-Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button