Politik

29 orang politik dilantik sebagai Pengerusi GLC

SETAKAT ini sebanyak 29 orang ahli parlimen atau orang politik yang telah dilantik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan atau GLC.

Antaranya Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional berkuatkuasa 12 Mei ini.

Turut dilantik mengetuai GLC ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman pula dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Negara.

Berikut adalah senarai 29 ahli Parlimen dan pemimpin politik yang dilantik sebagai pengerusi GLC”

  1. Ahli Parlimen Jelebu (UMNO) Dato Jalaluddin Alias – Pengerusi UDA Holding
  2. Ahli Parlimen Gerik (UMNO) Dato Hasbullah Osman – Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
  3. Ahli Paarlimen Cameron Highlands (UMNO)  Dato Ramli – Pengerusi Amanah Raya Berhad
  4. Ahli Parlimen Padang Terap (UMNO) Datuk Seri Mahdzir Khalid – Pengerusi TNB
  5. Ahli Parlimen Pasir Salak (UMNO) – Datuk Seri Tajudin Abd Rahman – Pengerusi Kumpulan Prasarana
  6. Datuk Seri Mah Hang Soon (MCA) – Timbalan Menteri Pendidikan
  7. Dauk Chong Sin Woon (MCA) PRU14 kalah di Parlimen Seremban – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang.
  8. Datuk Tan Teik Cheng (MCA) kalah dalam PRU14 di DUN Machang Bubok) – Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang
  9. Datuk Koh Chin Han (MCA) – Bekas Calon DUN Bemban – Pengerusi Pelabuhan Melaka.
  10. Ahli Parlimen Betong (PPB) – Datuk Robert Lawson Chuat Vincent Entering – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.
  11. Ahli Parlimen Beaufort (Bersatu) – Datuk Azizah Mohd Dun – Pengerusi MARA
  12. Ahli Parlimen Bachok (Pas) – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Pengerusi Kesedar
  13. Ahli Parlimen Jempol (UMNO) – Datuk Salim Sharif – Pengerusi RISDA
  14. ADUN Permas (Bersatu) – Che Zakaria Mohd Salleh – Pengerusi Kejora.
  15. Senator Razali Idris – Pengerusi Ketengah.
  16. Ahli Parlimen Bukit Gantang (Bebas)s – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal – Pengerusi LKIM.
  17. Ahli Parlimen Machang (UMNO) – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – Pengerusi MPOB
  18. Ahli Parlimen Pasir Putih (Pas) – Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh – Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.
  19. Ahli Paarlimen Jerantut (UMNO)  Datuk Ahmad Nazlan Idris – Pengerusi Lembaga Getah Malaysia
  20. Calon UMNO Parlimen Pasir Gudang PRU14 – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin – Pengerusi Boustead Holding Berhad.
  21. Ahli Parlimen Pasir Mas (Pas) Ahmad Fadhli Shaari – Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
  22. Ahli Parlimen Sibuti (PBB) – Lukanisman Awang Sauni – Pengerusi SEDA
  23. Ahli Parlimen Kimanis (UMNO) – Datuk Mohamad Alamin – Pengerusi MyIPO
  24. Ahli Parlimen Tanjung Manis (GPS) – Datuk Yusuf Abdul Wahab – Pengerusi CIDB
  25. Ahli Parlimen Dungun (Pas) – Wan Hassan Mohd Ramli – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
  26. Ahli Parlimen Sabak Bernam (Bersatu) – Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh – Pengerusi FAMA.
  27. Bekas Ketua Pemuda MIC Datuk Nelson Renganathan – Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).
  28. Ahli Parlimen Setiu (Pas)  Tuan Shaharizukirnain Abdul Kadir – Pengerusi TEKUN
  29. Ahli Parlimen Hulu Rajang (GPS)  Datuk Wilson Ugak Kumbong – Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh)
(Visited 3,886 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button