Nasionalpilihan

Pengedar dadah miliki 25 rekod jenayah lampau ditahan

SEORANG lelaki yang memiliki 25 rekod jenayah lampau ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah pada 20 Ogos lalu di sebuah hotel di Sg Way, Petaling Jaya, Selangor.

Suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.40 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Turut ditemukan bersama suspek ialah dadah disyaki jenis syabu seberat 1 kilogram yang bernilai RM 39,5000 dan disimpan di dalam sebuah beg plastik.

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek juga dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah kira-kira empat tahun.

Dalam kes berasingan, Mohamad Fakhrudin turut memberitahu seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan semalam kira-kira pukul 1.50 pagi.

“Suspek ditahan ketika sedang memandu sebuah kereta jenis Proton Putra di  sebuah tempat letak kereta di kawasan Petaling Jaya.

“Hasil pemeriksaan terhadap kereta tersebut telah menemukan satu beg plastik yang mengandungi 20 peket kecil dadah disyaki jenis syabu seberat 260 gram bernilai RM10,000,” katanya.

Menurutnya, suspek mempunyai sejarah terlibat dengan penagihan dadah selama 12 tahun dan bergiat dengan aktiviti pengedaran dadah sebagai penghantar.

Jelasnya, semakan rekod jenayah lampau juga mendapati suspek mempunyai 13 rekod di bawah kesalahan dadah dan jenayah.

Tambahnya, kedua-dua suspek bagi kes ini ditahan selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button