Nasional

Kaunter LHDN Cheras ditutup sementara untuk sanitasi

DEMI sanitasi. Mulai esok, seluruh tingkat enam dan sembilan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Cheras, Kuala Lumpur akan ditutup sementara.

Penutupan ini untuk satu tempoh yang akan diumumkan kelak bagi memberi laluan keapda kerja-kerja sanitasi.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, penutupan sementara iutu turut membabitkan semua kaunter setempat yang mengendalikan khidmat nasihat percukaian.

Turut terbabit dalam penutupan sementara ini ialah kaunter bantuan khas kerajaan yang mengendalikan Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Geran Khas Prihatin.

Menurut kenyataan yang sama, kaunter duti setem dan cukai keuntungan harta tanah di tingkat tujuh bagaimanapun tidak terjejas.

Kaunter tersebut beroperasi seperti biasa sebagaimana waktu operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam tempoh penutupan sementara, para pelanggan dinasihatkan supaya melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian, kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – SM

 

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button