Nasional

Kaunter Imigresen Padang Besar diserbu orang ramai

SEMUA hendak memiliki Pas Sempadan, jadi tidak hairan jika kaunter Imigresen diserbu orang ramai.

Keadaan yang sama juga berlaku di Pejabat Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar.

Ia baharu dibuka mula hari ini untuk kemudahan orang ramai membuat pas sempadan.

Tinjauan Suara Merdeka mendapati, orang ramai mula memenuhi pejabat ini sejak pukul 10 pagi.


Kemungkinan ramai yang datang agak lewat kerana baharu mendapat maklumat bahawa permohonan pas sempadan sudah dibuka.

Bagaimanapun pejabat Imigresen mengadkan permohonan passport untuk 80 orang sahaja untuk hari ini.

Jurucakap Imigresen berkata, jumlah permohonan dihadkan berikutan berlaku gangguan sistem.

Jadi kebanyakan yang datang sebelah petang terpaksa pulang kerana permohonan sudah ditutup.

Katanya, jika semua selepas ini berjalan dengqn lancar kemungkinan jumlah permohonan boleh ditingkatkan.

Sementara itu salah seorang ditemui Siti Shahirah Azmi, 35 berkata, beliau telah ke UTC  Kangar tapi nombor giliran telah habis.

Beliau mencuba nasib datang ke ICQ Padang Besar sebelah petang tetapi sayangnya sudah ditutup permohonan.

Sementara itu dua pemandu lori Malaysia-Thailand gembira kerana berjaya mendapat pas sempadan.

Shafiq Hussin,35 dan Mohd Akmal Muhammad Fadni, 26 dari Alor Setar ini menganggap pas sempadan penting untuk kemudahan kerja mereka.

(Visited 1,181 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button