Nasional

Altimet bertanding di kerusi Lembah Jaya

Penyanyi rap Altimet akan membuat penampilan sulungnya sebagai calon pilihan raya, bertanding di kerusi Lembah Jaya di Selangor.

Altimet, atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, akan bertanding di bawah tiket PKR.

Pencalonan beliau telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya menyahut cabaran ini namun atas kepercayaan serta sokongan akar umbi parti dan gabungan Pakatan Harapan bersama rakan perpaduan Barisan Nasional, saya bersedia menghambakan diri untuk berkhidmat kepada rakyat mewakili parti keramat ini,” beliau berkata.

Menurut Altimet, sebagai pemimpin, ia merupakan satu amanah yang perlu digalas tanpa mengira apakah tuntutan rakyat dan negara pada ketika ini.

“Kita masih lagi berdepan dengan proses pembangunan dalam setiap peringkat selepas hampir tersungkur akibat pandemik yang melanda dunia beberapa tahun yang lepas.

“Kewujudan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong adalah resepi terbaik bagi kita seluruh rakyat Malaysia untuk sama memperkemaskan negara berhadapan dengan isu globalisasi dan ekonomi dunia,” tambahnya lagi.

Fokus beliau adalah kepada masyarakat di Ampang khusus di DUN yang perlukan pembelaan seperti pendidikan, prasarana dan penambah-baikan perkhidmatan, peningkatan ekonomi dan pembangunan belia. -SM

Baca : Baby Shima umum tanding PRN tiket Bebas

(Visited 104 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button