pilihanPolitik

Kau langgar aku atau arahan parti.. sedia nak hadap realiti Perkara 49A? – Zahid Hamidi

Rakyat membaca kenyataan media Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan dialog yang MUNGKIN berbunyi:

“Kau langgar aku atau arahan parti.. sedia nak hadap realiti Perkara 49A?”

Hal ini demikian kerana kenyataan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Zahid menegaskan, BN tidak pernah sama sekali berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“BN tidak pernah berunding dengan GPS untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Saya juga ingin memaklumkan, tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan,” katanya.

Zahid berkata demikian selepas 20 ahli Parlimen BN didakwa telah bertemu Muhyiddin Yassin manakala memetik suara.tv, beliau pula telah menemui Anwar Ibrahim yang menerajui Pakatan Harapan (PH).

Zahid ada mandat selaku Presiden

“Kesemua ahli Parimen BN yang memenangi PRU15 telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada saya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan Kerajaan.

“Sehubungan ini, mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaras dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” tegas Zahid.

(Visited 2,298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button