Ekonomi

KFC kini lebih hangat dengan KFC Extra Spicy & Crispy baharu

KFC Malaysia kini membawakan ayam goreng pedas yang menyengat dan pasti mencabar deria rasa anda. Menyertai ayam goreng ikonik Original Recipe dan Hot & Spicy secara eksklusif buat waktu terhad adalah KFC Extra Spicy & Crispy BAHARU!

Lebih pedas dan lebih rangup dengan rasa dinamik seolah-olah menari pada tunas rasa, KFC Extra Spicy
& Crispy meningkatkan kepedasan pada tahap yang lebih tinggi, dicipta untuk rakyat Malaysia yang gemar
makan pedas.

Untuk menghasilkan sensasi rasa baharu ini, ketulan ayam segar diperap dalam resipi perapan berempah baharu, kemudian disaluti dengan campuran tepung berempah baharu – memberikannya lebih kerangupan di luar dan ‘juicy’ di dalam.

“Untuk menunaikan janji kami untuk sentiasa menghidangkan jamuan sedap hingga menjilat jari, kami sentiasa menginovasi produk kami untuk menambah kehangatan dalam hidup anda.

“Extra Spicy & Crispy baharu ini dicipta untuk memenuhi rasa mengidam makanan pedas anda dan bakal membuka selera – rasa sekali pasti nak lagi,” kata Chandrasagran Munusamy, pemangku Ketua KFC Malaysia.

KFC Extra Spicy & Crispy boleh didapati melalui beberapa pilihan: Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box
Meal dihidang bersama Coleslaw segar, kentang putar berkrim, dan Teh Lemon Ais sejuk.

Tambahan lagi, sesuai untuk dikongsi bersama, Kombo 6-ketul ada 1 kentang putar besar dan 2 Teh Lemon Ais, manakala Kombo 10-ketul pula ada 2 kentang putar besar dan 1.5 liter botol minuman berkarbonat.

Boleh didapati bermula hari ini untuk waktu terhad atau sementara stok masih ada di restoran KFC seluruh
negara. Harga bermula RM17.99. Pesan sekarang di aplikasi KFC Malaysia atau layari www.KFC.com.my. – SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button