Nasional

Gambar Neelofa dan suami bersiar di pulau peranginan didapati melanggar SOP

GAMBAR yang memaparkan selebriti, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail bersiar-siar di Pulau Langkawi didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Badir berkata, pihaknya akan memanggil pasangan tersebut untuk memberi keterangan berhubung dengan gambar dan video yang dimuat naik mereka.

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian  selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pulau Langkawi hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid turut memberitahu yang pihaknya juga akan menyiasat sama ada aktiviti yang dilakukan selebriti itu melibatkan urusan perniagaan atau tidak.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja… jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP.

“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Terdahulu, Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields dalam satu kenyataan mengesahkan yang pasangan tersebut telah diberi kebenaran untuk merentas negeri atas urusan perniagaan.

Malah, Chatime turut mengeluarkan kenyataan yang pasangan itu merentas negeri bersama dengan mereka bagi urusan perniagaan namun telah memadam kenyataan media tersebut. -SM

(Visited 255 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button