Uncategorized

Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM500,000

JABATAN Kastam Kelantan merampas 82 kotak rokok seludup bernilai RM500,000 termasuk cukai tidak dibayar dalam satu operasi di sini baru-baru ini.

Pengarah Kastam negeri Mohd Nasir Deraman berkata tiada tangkapan dibuat dalam operasi di sebuah kampung dekat sini Rabu lepas.

Tambahnya, rokok itu dirampas daripada sebuah van yang ditemui ditinggalkan di kampung itu.

“Sepasukan Kastam pergi ke kampung itu selepas mendapat maklumat kawasan itu digunakan penyeludup sebagai tempat transit aktiviti mereka.

“Pasukan itu tiba di tempat itu kira-kira tengah hari Rabu lalu dan ternampak sebuah van diletakkan di tepi jalan. Setelah diperiksa, mereka menemui 671,000 batang rokok.

“Rokok pelbagai jenama itu dipercayai diseludup ke Kelantan dari negara jiran,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Nasir berkata jabatan itu percaya penyeludup itu telah menggunakan kampung itu sebagai tempat transit sejak sekian lama untuk mengelak dikesan.

Mengenai perkara berkaitan, beliau berkata jabatan itu telah menyelesaikan 183 kes penyeludupan rokok dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ini melibatkan rampasan 11 juta batang rokok bernilai RM1.5 juta.

“Seramai 22 individu ditahan kerana memiliki rokok seludup antara Januari hingga bulan lalu.

“Mereka telah ditangkap dalam beberapa siri operasi yang dijalankan di seluruh negeri. Sebahagian daripada mereka telah didakwa di mahkamah.”

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button