BanjirNasionalPendidikan

UPSI, MASKUM santuni mangsa banjir di Kota Tinggi

MAJLIS Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM) meggerakkan ResQ Team Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini bagi melaksanakan misi bantuan terhadap mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor.

Ia dilakukan sebagai susulan perkembangan yang menyaksikan peningkatan jumlah mangsa yang terjejas di kawasan berkenaan.

Prof Norkhalid ( dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled.

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI yang juga Pengerusi MASKUM , Prof Dr Norkhalid Salimin berkata usaha itu diselaraskan bersama-sama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Misi Bantuan Banjir Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia

Katanya. misi Bantuan Banjir MASKUM itu disempurnakan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang membuat pelepasan sukarelawan menjalankan misi di Pusat Khidmat Rakyat Kota Tinggi, Johor.

Katanya, inisiatif itu dapat membangunkan insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi merupakan intelek manusiawi, penyelesai permasalahan dan inovator kreatif kepada isu-isu masyarakat.

Sukarelawan UPSI membersihkan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa di Kota Tinggi.

“Sumbangan kepada mangsa banjir di Kota Tinggi berupa makanan retort sebanyak 300 pek, bakul makanan dan keperluan asas sebanyak 300 pek daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Universiti Awam seperti UPSI, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)”.

Beliau berkata turut disumbangkan modul SPM EmpowerNCER Akademik sebanyak 20 set oleh UPSI bagi membantu pelajar SPM yg terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS), ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berharap misi kemanusiaan itu akan membawa nilai tambah penting kerana hasil penyelidikan dan keilmuan yang dijana di IPT dipulangkan semula kepada masyarakat dalam bentuk yang memberi manfaat dan kebaikan supaya limpahan manfaat tidak hanya dirasai oleh warga IPT, malah turut dinikmati oleh komuniti selaras dengan konsep Malaysia MADANI.

Mohamed Khaled melihat modul SPM yang dibangunkan UPSI untuk disumbangkan kepada pelajar yang menjadi mangsa banjir.

Katanya, tindakan yang dilakukan itu selaras dengan gagasan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir sempena amanatnya ” Landasan Hala Tuju Kementerian Pengajian Tinggi” bahawa KPT bukan hanya bertanggungjawab membangunkan bakat dalam kalangan warganya, bahkan juga mempunyai tanggungjawab besar untuk memberdayakan komuniti dan industri melalui program pemindahan dan perkongsian ilmu atau Knowledge Sharing and Transfer Programme (KSTP).

Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong berkata inisiatif ResQ Team UPSI mencerminkan keprihatinan dan kemanusiaan warga UPSI dalam meringankan beban mangsa banjir selain menjayakan Misi Bantuan Banjir MASKUM dan membangunkan Malaysia MADANI melalui prinsip ihsan dan kesejahteraan terhadap rakyat. – SM

Baca : UPSI perkasa kemahiran pelajar menerusi sukarelawan ICT Malaysia

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button