JenayahNasional

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan diugut bunuh

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay diugut bunuh. Ekoran itu, Polis Johor sedang menjalankan siasatan berhubung kes ugutan bunuh ke atas Ayob Khan yang didakwa melibatkan tiga ahli kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Ayob Khan, dua minggu lepas beliau menerima panggilan daripada orang awam yang memberitahu bahawa tiga lelaki dari Selangor dikatakan akan turun ke Johor untuk membunuhnya.

Beliau berkata, polis memandang serius terhadap sebarang ancaman keselamatan anggotanya tanpa mengira pangkat dan kedudukan kerana ini adalah ancaman nyawa.

“Kita percaya panggilan itu dibuat daripada warga tempatan kerana panggilan yang dibuat kepada pembantu peribadi saya itu menggunakan Bahasa Malaysia tetapi itu semua dalam siasatan.

“Saya tidak pasti isu apa yang membuatkan ugutan ini dibuat terhadap saya. Saya sudah lama meninggalkan Ibu Pejabat Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

“Saya tidak buat lagi isu-isu keganasan, jadi tidak tahulah mengapa isu ini ditimbulkan kembali,” ujar Ayob Khan.

Jumaat lepas dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar tempatan di Facebook, Ayob Khan mendedahkan, beliau menerima ugutan bunuh yang dipercayai datangnya daripada ahli kumpulan LTTE yang dilabelkan oleh Polis Malaysia sebagai kumpulan pengganas. – SM

(Visited 766 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button