Hiburan

Karya seni muzik indie ibarat bertaraf antarabangsa

RAMAI yang tidak tahu sebenarnya dengan muzik indie tempatan apatah lagi ruang pendedahan yang diberikan buat mereka tidaklah begitu meluas.

Namun, bagi pemuzik dan komposer, Azim Jenk Ali, dia melihat pemuzik dan artis yang berada di ‘indie scene’ seperti bertaraf antarabangsa.

“Sekarang saya lihat kumpulan atau artis indie punya karya berada di satu tingkat yang berbeza dengan ‘indie scene’ sebelum ini.

“Muzik mereka juga saya boleh anggap sebagai bertahap antarabangsa yang kita tidak boleh jumpa di pasaran muzik semasa tempatan,” katanya.

Azim Jenk Ali merupakan seorang daripada tujuh orang juri yang terlibat dalam Anugerah Lagu Indie (ALI) yang julung kali diadakan.

Selain Azim Jenk, enam lagi juri terdiri daripada Jennifer Thompson, AD Samad, Loy Ekzan, Fly Halizor dan Jadlobo.

Bercerita mengenai penyertaan 630 buah lagu dalam ALI, Azim Jenk menyifatkan sambutan yang diberi penggiat seni muzik indie sebagai luar biasa.

“Memang tak jangka akan ramai yang berminat untuk menghantar karya mereka ke ALI dan mahu atau tidak, kita memang kena tapis betul-betul.

“Apa yang buat sukar nak tapis itu ialah kerana kualiti muzik yang diberikan semua hebat-hebat, tetapi Alhamdulillah, kita berjaya juga pilih 36 lagu untuk ke peringkat separuh akhir,” jelasnya.

Ujarnya lagi, kesemua yang terpilih diperingkat separuh akhir perlu membuat persembahan secara langsung.

Jelasnya, penilaian ke peringkat akhir juga akan dibuat berdasarkan persembahan dan susunan muzik yang dibuat.

Berikut adalah 36 lagu yang tersenarai dalam ALI dan 12 daripadanya akan dipilih untuk berentap di peringkat akhir pada 3 Oktober depan.

NO NAMA LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
1 Andai Kau Pergi Plvindre Plvindre Plvindre & N. Hanan
2 Boys Ahns Nicholas Ee/ Aiman Rijal/ Christiana Chai Nicholas Ee
3 Call Me Block J Joseph Chua Zhi Shen Muhammad Luqman Firdaus bin Faidzan (helloluqman)
4 Che’ Using No Good No Good No Good
5 Contempt Night Skies & Visions Night Skies & Visions Night Skies & Visions
6 Crazy Heerraa Heerraa Heerraa
7 Dengan Nama Tuhan Teman Lelaki Eidi & Hafiz Eidi & Hafiz
8 Dursila Zerophobia feat. Leaism Hayzeeq Iman Hayzeeq Iman
 

9

 

Extasy

 

Distorted

Nik Qayrel Aiman (EnEyeQay) , Jessel Phuah (Sino) , Syed Mir Iqbal (Balo), Ariff Jazzmi (Halo) Nik Qayrel Aiman (EnEyeQay) , Jessel Phuah (Sino) , Syed Mir Iqbal (Balo), Ariff Jazzmi (Halo)
10 Gentayangan A. Limin Fathil Alimin, Amerul Adri Fathil Alimin, Amerul Adri
11 Gundah Gulana Loko Nik Aqil Nik Aqil
 

12

 

Had To Wait So Long

 

Crinkle Cut

Grace Foo Wai San, Lim Hong Koon, Frances Tsen Hen Wearn, Choong Siew Mun, Wong Woei Shin  

Grace Foo Wai San

13 I Am Enough Bihzhu Bihzhu Bihzhu
14 I Wish It Was Only You Servants Afif & Imran Rohaizad & Mirul

 

NO NAMA LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
15 Jika Ini Yang Terbaik Heidi Moru dan Hasha Roslan Aziem Rashidi Aziem Rashidi
16 Kalis Peluru YUBI Dewa Yubi Ajam Dichi
17 KANGKONG N ROLL KAPOW Kapow dan Along Fahimi dan Along
18 Kisah Cinta Yang Tak Diduga The Alif & Kamelia Syermain Aliff Hassan Aliff Hassan & Kamelia Syermain
19 Konversasi Sulit Transitions Transitions Diffansina Rabu
20 Lagu Paling Kecewa Di Dalam Dunia Jemson Najmi Myo
21 Landasan Oceanlights Shaikh Syafiq Shaikh Syafiq
22 Lap Of Luxury Golden Mammoth Syed Mohd Syabil Sobrie Syed Mohd Syabil Sobrie
23 Mari Menari The Impatient Sisters Soraya Taib, Nazeera Taib, Irena Taib The Impatient Sisters
24 Menunggu Orkes A Hizadin Amiruddin Hizadin  
25 Mesra Nusarasa Ayop Azril Ayop Azril
26 Mr Pollution Budak Nakal Hujung Simpang Suffren G & Syed H. Daniel John Bear
27 Mujikalau Kita Kata Ke Depa Hacktick! Hacktick! Hyke Nasir
28 ON MY OWN Against Mel feat Eemrun Against Mel, Eemrun Against Mel, Eemrun
29 Pelukan Angkasa Sekumpulan Orang Gila X Shila Amzah Raja Nazrin Shah Fazleena Hishamuddin
30 Penawar Margosa Raja Nazrin Shah Fazleena Hishamuddin
31 Pergi Jauh Hiker HM & Aqil Hiker

 

NO NAMA LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
32 Saldadu Crazy Grizzly Crazy Grizzly Marzuki Munir
33 Sang Biru Langkasuka Zuhaili Bin Mohd Zuhairi Abdullah Zuhaili Bin Mohd Zuhairi Abdullah
34 SemBUNYIKan BanyakBunyikRepublik Riffanalogy / BanyakBunyikRepublik Riffanalogy / BanyakBunyikRepublik
35 Untitled Mirah & Petipop Amirah Asraf Amirah Asraf
36 Evolusi Radikal Wan Jai
(Visited 2,341 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button