Luar Negara

Kartunis Sweden hina Nabi Muhammad terbunuh

Artis Sweden Lars Vilks, yang hidup di bawah perlindungan polis sejak melukis gambar Nabi Muhammad tahun 2007 meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semalam.

Kemalangan itu dilaporkan melibatkan sebuah lori yang bertembung dengan sebuah kereta polis yang membawa Lars Vilks yang berada dalam perlindungan polis.

Turut terkoban dua anggota polis yang membawa dan melindungi Vilks, 75.

Agensi berita Sweden TT melaporkan polis telah mengesahkan bahawa Vilks, 75, dalam perjalanan diiringi dua pegawai polis, dan akhbar Dagens Nyheter memberitahu, rakan artis itu mengesahkan kematiannya.

Punca kemalangan sedang disiasat.

Vilks hidup di bawah perlindungan polis setelah menjadi sasaran ancaman mati susulan tindakannya melukis kartun tersebut.

Kartun itu diterbitkan pada tahun 2007, menyinggung perasaan orang Islam yang menganggap gambaran visual Nabi sebagai satu penghinaan.

Sehingga satu peringkat, perdana menteri ketika itu, Fredrik Reinfeldt terpaksa bertemu dengan duta-duta besar dari 22 negara Islam dalam usaha meredakan keadaan.

Tidak lama kemudian, al-Qaeda di Iraq menawarkan ganjaran AS$ 100,000 (£ 73,692) untuk membunuhnya.

Ia berlaku setahun lalu selepas sebuah akhbar Denmark menerbitkan kartun tersebut.-SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button