Negeri

Asnaf perlu berusaha majukan diri

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada 140 asnaf terpilih di Masjid Al-Aziz, Tok Kaya, Kayang, Kuala Perlis.

Seramai 70 penerima adalah dari kariah Tok Kaya dan 70 lagi dari kariah Behor Masjid yang mana masing-masing menerima RM700.

Baginda diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra diiringi anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra ketika berkenan berangkat mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada asnaf di Masjid Al-Aziz, Tok Kaya, Kayang, Kuala Perlis. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengulangi titah bahawa setiap sumbangan zakat yang dilaksanakan melalui MAIPs akan mendapat pelepasan atau dikecualikan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada majlis sumbangan zakat MAIPs kepada asnaf di Masjid Al-Aziz, Tok Kaya, Kayang, Kuala Perlis.

Terdahulu itu, setiap penerima sumbangan yang hadir juga menjalani pemeriksaan saringan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis.

Mereka juga turut menghadiri sesi ceramah ‘Bangun Jiwa Asnaf’ yang disampaikan oleh para pegawai daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis. – SM

(Visited 70 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button