Ekonomi

Karnival #MyDigitalMaker 2021 Bawa Kandungan Berfokuskan Teknologi untuk Siri Tengah dan Selatan

MALAYSIA Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara, hari ini mengumumkan siri keempat Karnival #MyDigitalMaker 2021 dengan kandungan direka khas untuk pelajar dan pendidik di  wilayah Tengah dan Selatan tanah air.

Karnival selama seminggu ini akan fokus kepada kandungan menarik dan berinformasi yang disediakan kepada peserta menerusi platform maya dengan kerjasama rakan penganjur MDEC, iaitu iTrain Kids Sdn Bhd, institusi pendidikan berfokuskan teknologi. \

Bertemakan “Raising Digital Heroes”, karnival berkenaan akan dianjurkan bermula 8 November hingga 14 November 2021 menerusi laman Facebook #MyDigitalMaker.

Sepanjang minggu berkenaan, peserta akan menikmati pelbagai program berasaskan teknologi dan kreativiti dengan topik merangkumi animasi, IoT, etika siber, pengekodan, pembangunan laman sesawang serta dron dan robotik.

“Teknologi digital amat penting untuk generasi masa depan. Sebagai agensi peneraju ekonomi digital
negara, kami perlu mewujudkan platform kepada generasi muda untuk mengukuhkan kemahiran dan
bakat digital mereka. \

“Bakat dan kemahiran digital akan membuka lebih banyak peluang dan kanak-kanak yang memiliki
kemahiran ini, akan memperoleh kelebihan semasa bersaing dalam masyarakat berasaskan pengetahuan, yang merupakan salah satu matlamat penting dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL)”, kata Dr. Sumitra Nair, Ketua Pegawai Kemahiran Digital dan Kerjaya, MDEC.

Dr Sumitra Nair

Semasa karnival maya ini dijalankan, lebih 100 kandungan menarik dan berinformasi akan disediakan kepada peserta merangkumi pengalaman digital secara langsung daripada pakar industri seperti PlayStation Studios Malaysia, IBM Malaysia, TM, Digi Telecommunications dan banyak lagi.

Karnival yang dianjurkan oleh iTrain Kids ini juga menyediakan sesi akademik oleh Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Multimedia, Universiti Taylor dan pelbagai lagi.

Siri wilayah Tengah dan Selatan ini ialah kesinambungan daripada segmen karnival sebelum ini yang telah berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung dan dijangka melibatkan lebih 16,000 peserta untuk keseluruhan siri karnival berkenaan.

iTrainKids ialah institusi pembelajaran berfokuskan teknologi yang menawarkan bengkel dan boot camps cuti sekolah untuk kanak-kanak berumur tujuh hingga 17 tahun. Setakat ini, program berkenaan telah memanfaatkan lebih 5,000 kanak-kanak Malaysia yang telah menjadi pengekod dan pembuat pelbagai aplikasi, permainan dan laman sesawang.

Fasiliti iTrainKids telah dianugerahkan status “Hab Pembuat Digital” oleh MDEC semasa Gerakan #MyDigitalMaker pada Januari 2019.

Hab Pembuat Digital ialah ruang yang dibina dalam komuniti untuk menghimpunkan kanak-kanak, pendidik, ibu bapa dan pakar industri untuk bersama-sama serta menggalakkan aktiviti yang melibatkan pembuatan digital.

Inisiatif bersama antara sektor awam, swasta dan akademik, Gerakan #mydigitalmaker telah dilancarkan pada Ogos 2016 dengan tujuan untuk mewujudkan negara pembuat digital dengan mentransformasikan belia Malaysia daripada pengguna digital kepada pengeluar digital, iaitu misi untuk merealisasikan keperluan untuk melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing.

Ia juga melibatkan program strategik yang membantu mengukuhkan kemahiran digital dalam kalangan belia seperti pengekodan, pembangunan aplikasi, percetakan 3D, robotik, sistem embedded dan analisis data.

Gerakan ini juga menyokong konsep "Keluarga Malaysia" dan matlamat negara untuk mewujudkan
masyarakat digital yang inklusif menerusi MyDIGITAL dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Setakat ini, lebih 2.2 juta kanak-kanak telah menerima manfaat daripada inisiatif ini menerusi integrasi pemikiran berasaskan komputer dan pengekodan dalam kurikulum sekolah, aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah serta aktiviti kokurikulum tambahan yang dianjurkan di lebih 60 buah Hab Pembuat Digital dan oleh rakan ekosistem #mydigitalmaker.

Bagi menyediakan lebih banyak kandungan tempatan di peringkat akar umbi, tahun ini Karnival #MyDigitalMaker akan dianjurkan secara bersama dengan rakan strategik selain iTrain Kids iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jazari Robot Resources, Kerajaan Negeri Kedah menerusi Pusat Digital Kedah dan Petrosains.

Setiap karnival akan dianjurkan selama seminggu untuk memberi masa kepada komuniti tempatan untuk mengakses kepada lebih 100 bengkel, webinar dan tutorial yang dianjurkan untuk pelajar dan guru.

Hadiah menarik juga menanti peserta yang terlibat. Secara keseluruhannya, Karnival #MyDigitalMaker 2021 juga akan menampilkan kandungan eksklusif daripada pelbagai pemain teknologi dan komunikasi seperti TikTok  Malaysia, IBM Malaysia, PlayStation Studios Malaysia, Digi Telecommunications dan Maxis, serta organisasi bukan
berasaskan keuntungan dari dalam dan luar negara seperti UNICEF Malaysia dan Code.org.

Sejak dilancarkan pada 2017, acara utama Gerakan #mydigitalmaker telah membawa kesedaran inovasi dan kreativiti digital kepada lebih 82,000 peserta.

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button