BeritaPolitik

Saya pun dah bosan dengan mereka yang berkuasa seperti angkuh

Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) yang diwakili calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Tanjung Piai Sabtu lepas mengundang kritikan pedas Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang meletakkan puncanya pada `tindak tanduk angkuh mereka yang berkuasa’.

“Saya pun dah bosan dengan mereka yang berkuasa seperti angkuh.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia misalnya, satu kerja penerangan pun tak dibuat olehnya. Jentera penerangan kerajaan macam tak ada,” kata beliau menerusi aplikasi WhatsApp kepada Suara Merdeka hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai 16 November lalu itu menyaksikan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng daripada Barisan Nasional (BN) menang besar dengan majoriti 15,086 undi, berbanding kekalahan tipisnya, 524 undi di kerusi sama dalam Pilihan Raya Umum 9 Mei tahun lalu.

Berikut telahan Rais hasil PRK tersebut:

* Jentera PPBM Johor tidak kemas dan tidak cukup logistik.
* Bantuan dari “Bukit Senyum” terlalu besar.
* Pengundi tidak yakin kemampuan kepimpinan PH/PPBM.
* Parti-parti sekutu PH tidak bersungguh-sungguh menolong. Ibarat melepas batuk di tangga.
* Isu `ekonomi perut’ tidak dipedulikan.
* Pengundi Cina undi calon Cina.
* Melayu pula mengundi calon Cina.
* Para menteri `3suku’…`3suku’ dibenci rakyat.
* Jentera PPBM Tanjung Piai terlalu lemah dan tidak bermaya. Banyak PPBM daripada negeri-negeri lain yang mengambil alih kerja-kerja asas pilihan raya. Jentera tempatan lemah longlai.
* PH tiada benda hendak jual kepada pengundi dalam bentuk `ekonomi perut’.
* Janji-janji Manifesto PH dalam PRU-14 tinggal janji.
*Luahan berkesan “Bossku mungkin korup tapi dia tolong rakyat” mendapat tempat di hati orang Melayu.
* Sentimen mahukan PM baharu berleluasa.
* DAP tidak mendapat sambutan pengundi Cina dan tidak diterima pengundi Melayu Tanjung Piai.

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button