PRK

Karim tekad dekati semua komuniti di Kimanis

CALON Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis Datuk Karim Bujang tekad untuk mendekati semua komuniti di kawasan berkenaan semasa berkempen tanpa mengira kaum dan agama.

Sambil menyangkal dakwaan beliau mengetepikan masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) semasa berkempen, Karim berkata tuduhan itu tidak berasas kerana jentera Warisan dan dirinya selalu berusaha pergi ke semua kawasan dalam Parlimen Kimanis.

“Saya menafikan itu (ketepikan KDM), itu tidak benar. Kenapa saya perlu ketepikan KDM sedangkan anda boleh periksa daripada pilihan raya umum yang lepas (2018) bahawa saya meraih lebih undi (daripada KDM). Malahan saya menang di kebanyakan kawasan KDM.

“Mereka adalah penyokong saya selama ini, mereka tahu siapa saya. Saya kenal mereka dan saya berjanji akan menjadi wakil rakyat untuk semua,” katanya kepada pemberita selepas berkempen di Kampung Matujung, Membakut di sini, hari ini.

Karim, 67, yang juga calon Warisan bagi kerusi Parlimen Kimanis semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa beliau mengetepikan kawasan komuniti tertentu semasa berkempen.

Diitanya mengenai kritikan pihak tertentu yang mengatakan beliau adalah calon kitar semula pada PRK Kimanis, Karim berkata dirinya tidak tersinggung dengan kenyataan itu.

“Saya tidak terhiris (tersinggung perasaan) dengan sebutan sebegitu. Saya seorang yang straightforward jika sampai masa untuk saya berhenti (bersara) saya akan berhenti. (Yang penting) saya akan lakukan terbaik untuk generasi muda di kawasan ini jika diberi peluang,” katanya.

PRK Kimanis bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Warisan dan Barisan Nasional (BN).

Warisan mempertaruhkan Karim manakala BN meletakkan Ketua Bahagian UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, 48, sebagai calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 18 Jan, manakala pengundian awal esok.- BERNAMA

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button