Mahkamah

Dadah: Anak Mohamad Sabu dipenjara 8 bulan

Anak lelaki bekas Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad dikenakan hukuman penjara 8 bulan bermula hari ini atas tuduhan menyalahgunakan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara pada 5 Januari 2019.

Anak lelaki ketiga Mohamad Sabu itu juga dikenakan pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama dua tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara oleh Mahkamah Majestrit Kuala Lumpur hari ini.

Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan.

Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC, yang juga terdapat pada ganja di sebuah tandas di sebuah hotel pada 5 Januari 2019.

Dia ditahan dalam Op Pusat Hiburan Bersepadu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada jam 12.30 tengah malam.-SM

(Visited 343 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button