Hiburan

Selepas nyanyiannya dikongsi Christina Aguilera, Nuha Bahrin akhirnya keluarkan single

RAMAI yang tidak mengenali Nuha Bahrin. Tetapi bagi sesiapa yang sering melihat videonya menyanyikan lagu orang lain, pasti tahu yang Nuha sebenarnya berbakat besar.

Masakan tidak, lagu berjudul Hurt yang dinyanyikannya pernah dikongsi oleh penyanyi asal lagu tersebut iaitu Christina Aguilera.

Perkara itu telah menjadi tumpuan khususnya bagi mereka yang sering mengikut Nuha di media sosial.

Mengambil kesempatan yang ada, Nuha kini tampil dengan single terbaharunya berjudul XSempurna.

“Makna lagu ini juga merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu.

“Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu.

“Saya memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekeliling saya, membimbing saya untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, dan benar-benar menunjukkan betapa orang benar-benar peduli terhadap saya.

Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya” kata Nuha.

Menurut Nuha, proses penggambaran juga terloasa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula.

Jelasnya, dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan pengambaran sebelum pukul 12 tengah malam.

“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu,” ujarnya.

XSempurna boleh ditonton di saluran YouTube BeeGood Music, manakala hasil karya terbaru ini juga boleh didengari di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music pada tarikh yang sama. -SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button