Nasional

Buang `phd’, Melayu pasti pantas bangkit

KOMENTAR

KATA pendita Za’ba, ramuan yang melahirkan penyatuan dalam kalangan Melayu Islam adalah apabila terhapusnya perasaan terlalu `kasihkan diri’.

Perasaan itu haruslah digantikan dengan meletakkan ruang dalam diri kasihkan orang lain .

Tapi tidak semudah itu hendak melaksanakan impian Allahyarham Za’ba.

Kalau penyakit perasaan hasad dengki (`Phd’) dalam kalangan masyarakat Melayu tidak dikikis, apa yang diimpi didambakan hanya kegelapan menanti.

Ya, `phd’ ini sudah bertaut lama, disebut dalam pelbagai bentuk genre Melayu sama ada klasik mahu pun moden.

Epik-epik Melayu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Raja Donan sehinggalah novel-novel klasik hingga ke kontemporari mengungkapkan banyak phd ini.

Pepatah Melayu berselirat merata memperkatakan “Air susu dibalas dengan air tuba; harapkan pegar, pegar makan padi; balik belakang, balik gagang; bau busuk tidak berbangkai; Berjalan peliharalah kaki, bercakap peliharalah lidah; Berkerat rotan, berpatah arang.”

Apabila seorang budak, Hang Nadim mencadangkan agar Temasik (Singapura) yang diserang todak tidak lagi berkubukan betis tetapi batang-batang pisang, banyaklah ikan-ikan itu terlekat di batang pisang dan mudah untuk dibunuh.

Kerana kebijaksanaannya, timbul iri dan dendam kalangan orang besar lalu memberikan sembah kepada Raja bahaya budak bijak itu kepada raja nanti. Raja tanpa usul periksa termakan hasutan pembesar lalu Hang Nadim pun dibunuh.

‘Penyakit hati dan rohani’ ini menyebabkan berlakunya perpecahan umat Islam yang bermula pada tahun11 hijrah atau 632 hijrah.

Phd ini merentasi semua masyarakat dunia tidak kira Islam atau anutan agama lain. Dimanifestasikan dalam cara diskriminasi, ethnic cleansing, peperangan dan siri pembunuhan. Hitler di Jerman, Idi Amin (Uganda), Pinochet di Peru, Kashmir, Xinjiang, Rohingya di Myanmar.

Dalam The Malay Mind (1996), Abang Yusuf Puteh menyebut Phd Melayu ini sebagai the most serious, dangerous and destructive traits of the Malay mind.

Ini diwakili dengki dan dendam. Kedua-duanya disingkatkan kepada 2Ds. Bagi beliau phd ini tidak lain ialah:
‘The basic philosophy in the Malay heart has been this ; that everybody should be equel inpoverty and misery, and that no one should be better off either in prosperity or social standing. ’

Suara Merdeka membangkitkan isu `phd’ ini kerana inilah `penyakit keramat’ yang menyelubungi orang Melayu sejak sekian lama. – SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button