fbpx
BeritaNasional

Kanak-kanak leher lembut perlu kerusi khas bernilai RM10,000

MUHAMMAD Shahril Arsyad Mohd. Rosbaidi, dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, namun pada usia lapan bulan, dia mengalami demam panas dan saraf kejang menyebabkan tubuhnya menjadi lemah.

Kini, pada usia tiga tahun, kanak-kanak istimewa itu longlai berikutan tulang lehernya lembut selain kaki dan tangannya seolah-olah lumpuh.

Ibunya, Sareha Ismail, 46, berkata harapannya adalah untuk melihat anak bongsunya itu berjalan seperti kanak-kanak seusianya dan memohon bantuan untuk membeli kerusi khas yang dapat memberi sokongan pada leher yang disyorkan doktor bernilai RM10,000.

“Hanya itu sahaja cara yang dicadangkan pihak fisioterapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII),” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pauh Badang di Kota Bharu, hari ini.

Suri rumah itu berkata suaminya Mohd Rosbaidi Mohamad Nor, 48, hanya bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan namun beliau bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pihak kebajikan hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 030010498488760100013 atas nama Mohd Rosbaidi Mohamad Nor.

— BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button