Luar Negara

WHO desak negara kaya bagi sumbangan jayakan ACT-A

BAGI menjayakan Pelan Akses COVID atau dikenali sebagai ACT-A, negara-negara kaya telah didesak oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk memberikan sumbang mengikut kemampuan.

Sumbangan sejumlah AS$16 bilion diperlukan dari negara-negara berkenaan untuk Pelan ACT-A.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, pelan ACT-A disasarkan untuk aspek pembangunan, penghasilan, perolehan dan pengedaran peralatan bagi memerangi Covid-19 termasuk vaksin, kit ujian, rawatan dan peralatan perlindungan diri (PPE).

Dalam pada itu, ACT-A juga akan membuka ruang bagi memastikan pemerolehan dan pengedaran vaksin yang sama rata.

Setakat ini, hanya AS$800 juta berjaya dikumpulkan manakala pelan ini memerlukan sejumlah AS$23.4 bilion bagi tempoh Oktober 2021 hingga September 2022.

Dr Tedros turut menegaskan bahawa dengan penularan varian Omicron yang lebih pantas, keperluan kit ujian, rawatan dan vaksin menjadi semakin mendesak.

Di negara miskin, hanya 0.4 peratus daripada 4.7 bilion kit ujian digunakan.

Kadar vaksinasi dalam kalangan negara miskin juga hanya sekitar 10 peratus, dengan populasi yang menerima vaksin sekurang-kurangnya hanya satu dos suntikan. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button