Jenayah

Kanak-kanak jatuh ke sungai ditemui mati

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Bakau, Rawang, Jumaat lepas, ditemukan mati lemas, pagi ini.

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, mayat Muhamad Shuail Fazli ditemukan pada kira-kira pukul 8.00 pagi sekitar lima kilometer dari tempat dia dilapor terjatuh.

“Mayat mangsa ditemukan pihak bomba dan penyelamat di Sungai Guntong berhampiran Tasik Puteri Kundang dan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhamad Shuail yang bermain bersama abangnya di tebing sungai tersebut dikatakan tergelincir sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian pukul 3.30 petang itu.

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button