NasionalParlimen

Visa Furada: TH beri lesen untuk agensinya elak penipuan

TABUNG Haji (TH) telahpun mempunyai kaedah di mana agensi-agensi yang dilesenkan dibawahnya seperti Syarikat Pengelola Jemaah Tabung Haji (PJH) dan anak syarikatnya TH Travel and Services (THTS) telah diberi kebenaran untuk  mengendalikan jemaah haji dengan visa furada.

Ini supaya kebajikan jemaah haji yang di luar kuota rasmi ini akan terjaga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini sebagai menjawap soalan Tuan Che Alias Hamid (Pas – Kemaman) mengenai usaha TH bagi membantu menyelesaikan isu penipuan visa Furada yang melibatkan jemaah haji pada setiap tahun.

Katanya, peringatan ini diberikan setiap tahun supaya orang ramai yang ingin mengerjakan haji hanya memilih syarikat di bawah TH.

“Pada musim haji tahun ini, TH memberikan lesen mengerjakan haji kepada 22 PJH dan THTS,” katanyq.

Berkaitan isu visa furada ini, katanya, dalam pasaran ada dua pihak terlibat iaitu syarikat yang tidak dilesenkan TH.

Selain itu, tambahnya, orang ramai sendiri yang memilih syarikat yang tidak berlesen yang menawarkan visa furada untuk menunaikan haji.

“Orang ramai perlu tahu bahawa mereka harus berdepan dengan risiko yang tinggi jika mengerjakan haji dengan syarikat tidak dilesenkan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, TH akan berusaha untuk memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai risiko tawaran visa furada oleh syarikat yang tidak dilesenkan. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button