Nasional

Kanak-kanak disambar buaya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun disambar buaya ketika dipercayai mandi di Sungai Kinabatangan, berhampiran Kampung Mubibbah Hujung, Sabah, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Asmin Abdullah dikatakan menemani bapanya menurunkan perahu dan terus mandi di tebing sungai.
Ketika kejadian, mangsa berada di belakang bapanya dan hanya selang beberapa minit, bapa mangsa terdengar kocakan air dan melihat anaknya dibaham buaya.
Difahamkan, bapa mangsa cuba menyelamatkan anaknya, namun kejadian berlaku pantas sebelum buaya berkenaan timbul sejam kemudian dengan mangsa dilihat berada dalam mulut reptilia itu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan, Kapten Ahmad Roslan Mohd Kamel, berkata pihaknya menerima maklumat kemudian ke lokasi terbabit untuk melakukan operasi mencari mangsa, namun mangsa belum ditemui.
“Berdasarkan maklumat penduduk, mereka cuba mengambil mangsa ketika buaya itu timbul, namun reptilia itu membawa mangsa tenggelam semula ke dalam air,” katanya di sini, hari ini.
Ahmad Roslan berkata, operasi ditangguhkan semalam kerana cuaca gelap dan disambung semula hari ini.
Sumber: Borneo Today
(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button