Nasional

Raja Perlis, Raja Muda Perlis berangkat tunaikan solat Aidiladha

RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidiladha 1441 Hijrah dan 2020 Masehi pada tahun ini bersama-sama rakyat jelata di Masjid Tuanku Syed Putra Kangar pagi tadi.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama-sama anakanda-anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Solat diimamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan khutbah disampaikan oleh Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Baginda berdua turut berkenan menyaksikan ibadah korban yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hj. Hazman Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkenaan yang merupakan sebuah masjid wakaf Almarhum Tuanku Syed Putra yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuanku Syed Sirajuddin pada 8 November 2005 yang ketika itu merupakan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia Ke-12. – SM

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button