Negeri

Kanak-kanak autisme mati lemas di sungai

SEORANG kanak-kanak autisme ditemui lemas di Sungai Sarawak pagi tadi selepas dilaporkan hilang di Batu Kawa, Kuching, sejak Ahad lepas.

Mayat Muhd Ramadhan Muhd Ridhwan, 8, ditemukan tersangkut pada pukat nelayan kira-kira 5km dari Pos Kawalan Bomba (PKB) di Kampung Rantau Panjang, pada pukul 7.20 pagi

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Raffy Saibi, keadaan mayat kelihatan sempurna tanpa sebarang kesan kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke PKB dan disahkan oleh ibu dan bapanya. Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Ahad lepas, mangsa yang tinggal di rumah bersama ibu saudara ketika bapanya keluar berniaga disedari hilang pada kira-kira pukul 2 petang.

Setelah menerima maklumat kejadian pada pukul 7 malam, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang kemudiannya melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR). – SUMBER HARIAN METRO – SM

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button