Agama

Kita Semua Tidak Perlu Beribadah Lagi Selepas Ini, Jika Terpilih Untuk Masuk Ke Syurga

Membaca tulisan dalam media sosial, ramai yang mengeluh, persalahkan orang sana-sini, persalahkan kerajaan, tak berhenti merungut bila nak berakhir COVID-19?

Amat sukar melihat ada yang bersyukur COVID-19 ini diizinkan hadir dan merebak ke seluruh dunia tanpa sempadan sehingga hari ini, akhirnya dunia dapat berehat buat seketika.

Kalau dahulu sebelum datangnya COVID-19, majikan yang kapitalis dalam dunia ekonomi akan pulun sehabis-habisnya semua benda selagi masa itu berdetik.

Sekarang? Masa itu masih berdetik namun dunia dapatlah berehat seketika sama seperti manusia yang ada masanya perlukan rehat dan tidur yang mencukupi.

Selain itu perasan atau tidak? Malaysia tidak ditimpa jerebu lagi pada tahun 2020 dan 2021, bukankah ini satu rahmat kurniaan Allah SWT? Jika tidak, mungkin kita mengamuk di Facebook kerana jerebu.

Dalam masa sama, COVID-19 ini adalah sebagai tanda peringatan bagi orang-orang yang beriman. Pepatah mengatakan, beribadahlah kamu seperti kamu mengetahui esok adalah hari kematian kamu.

Tetapi berapa ramai yang masa buat rileks? Buat endah tak endah? Masih anggap ibadah seperti solat itu sebagai ringan dan yakin diri bebas untuk dicabut nyawa pada bila-bila masa?

Sesungguh sikap sebegini harus dibuang dalam jiwa umat Islam, bani Melayu sekali gus kembali bertaqwa kepada Allah SWT, kembali ke jalan asal apa tujuan manusia diciptakan.

Hal ini kerana jika di dunia kita konsisten beribadah kepada Allah SWT dengan ikhlas, nanti di akhirat sana, di dalam syurga, mana ada lagi orang beriman beribadah di akhirat yang kekal selamanya!

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button