Kemalangan

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Terjatuh dari Tingkat 29 Kondominium

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah unit kondominium di sini dalam kejadian tragis yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam.

Mangsa yang juga merupakan warga tempatan ditemukan dalam keadaan terlentang di aras lima bangunan berkenaan oleh pasukan keselamatan dan perubatan yang segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd. Fairus Jaafar berkata, siasatan awal mendapati mangsa berada di rumah pengasuh ketika kejadian dan dipercayai memanjat tingkap yang tidak dilengkapi jeriji keselamatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian ibu mangsa sedang menjaga seorang lagi anak yang menjalani kuarantin, manakala bapanya keluar bekerja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas dakwaan kecuaian terhadap kanak-kanak. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tambah Mohd. Fairus, kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes ini.

Kreadit: Utusan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button