Luar Negara

Kanak-Kanak 5 Tahun Bergelut Nyawa Terjatuh Dalam Perigi Sedalam 32 Meter 5 Hari Lalu!

Tanda pagar #SaveRayan menjadi sohor kini di laman Twitter kerana tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak Maghribi berusia 5 tahun meraih simpati dunia.

Rayan dikatakan tinggal di Maghribi, Rabat dan dia dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah perigi ketika sedang bermain di utara pekan Tamrout, 100 kilometer dari Chefchaouen.

Menerusi laporan, Rayan dipercayai terjatuh sedalam 32 meter menerusi satu saluran sempit di dalam perigi berkenaan sejak Selasa yang lalu.

Terdahulu, bapa mangsa, Khalid Agoram ada membuat laporan mengenai kehilangan anaknya namun tidak menyangka Rayan rupa-rupanya terperangkap dalam lubang yang sangat dalam.

Misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Perlindungan Awam Maghribi giat dilakukan dan bakal ditamatkan pada bila-bila masa.

Meskipun bergelut nyawa kerana terperangkap dalam lubang sedalam 32 meter selama lima hari, Rayan masih sedar dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Pihak berkuasa meletakkan kamera untuk memantau keadaan Rayan dan kini kerja-kerja mengali sudah memasuki fasa akhir dengan bantuan pelbagai pihak.

Semoga Rayan berjaya dibawa keluar dengan selamat dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi #SaveRayan.

(Visited 904 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button