Hiburan

Kanak-kanak 4 tahun maut dicampak datuk tiri warga Nigeria

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut selepas dicampak oleh datuk tirinya dari tingkat tiga sebuah apartment di Setapak, Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu dilakukan oleh lelaki warga Nigeria berusia 42 yang kemudian bertindak terjun dalam keadaan bogel.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek yang mengalami kecederan telah berjaya ditangkap orang ramai.

“Siasatan mendapati suspek cuba merogol seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu sebelum dihalang isteri serta anak-anak yang lain.

“Suspek yang tidak berpuas hati telah mengamuk dan memukul semua mangsa di dalam rumah tersebut sehingga kesemuanya melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan jiran.

“Mangsa itu kemudian menjerit meminta bantuan sebelum dicampak oleh suspek dari tingkap bilik utama,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.

Menurut Nik Ros Azhan, suspek telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun sejak 10 tahun lalu.

Jelasnya, suspek telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-SM

(Visited 511 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button