Bencana alam

Solar Storm bakal berlaku 2024?

Benarkan fenomena ribut suria ataupun solar storm dijangka bakal berlaku pada tahun hadapan sehingga menjejaskan gangguan elektrik dan internet serta dikatakan bumi bakal bergelap 17 hari ?.

Tahukah anda pada 1859 pernah berlaku rebut solar, matahari mengeluarkan solar flare dan terkena pada bumi dan pada tahun hadapan akan berlaku sekali lagi 60 kali ganda lebih kuat dari solar storm yang pernah berlaku sebelum ini digelar sebagai carington event.

Gambar diambil dari NASA

Kesan dari ribut solar ketika itu Cahaya Aurora boleh dilihat di seluruh dunia serta boleh menyebabkan percikan api dan juga kebakaran.

Seperti yang kita tahu bumi dilindungi oleh medan magnet ataupun magnetik field yang bertindak sebagai pelindung akan menghalang solar flare dari bergerak terus ke arah bumi.

Jika benar fenomena ini akan terjadi maka GEOMAGNETIC Storm juga akan berlaku pada masa yang sama segala elektronik mahupun jaringan internet tidak akan berfungsi.

Malah bank ataupun pengurusan secara online tidak akan dapat digunakan bukan itu sahaja jika ia berterusan gelap selama 17 hari maka suhu dunia akan jatuh.

Negara yang berada di garisan khatulistiwa akan jadi seperti negara sejuk seperti Eropah manakala negara terletak di Eropah dan sebaris dengannya di hemefera utara akan mengalami suhu paras beku sehingga boleh jatuh di bawah negatif 40 darjah Celsius.

Secara tidak langsung kebuluran akan berlaku kerana stok makanan sukar dicari dan tanaman juga akan mati, paras oksigen berkemungkinan besar akan menurun disebabkan tumbuhan-tumbuhan tidak dapat menghasilkan oksigen yang secukupnya kerana tiada cahaya matahari.

Apakah benar ia terjadi atau tidak, tidak dipastikan lagi namun jika ia terjadi semua orang di muka bumi ini kembali seperti zaman dahulu.

Artikle Berkaitan :>

Fenomena El Nino dijangka berlaku bulan depan

(Visited 6,306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button