BeritaPendidikan

UniMAP laksana 165 program pembentukkan jatidiri, nilai murni

Selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025, pihak pengurusan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) percaya bahawa kecemerlangan akademik sahaja tidak boleh menjadi kayu pengukur kepada kejayaan seorang insan. Disamping program Pillars yang ditawarkan, UniMAP juga sebelum ini telah melaksanakan 165 program bertujuan memupuk nilai murni dan jati diri dalam kalangan pelajar.

Pihak universiti percaya bahawa kesejahteraan dan keperluan asas pelajar juga perlu dipenuhi dahulu sebelum mereka dapat memenuhi potensi mereka pada tahap keperluan yang lebih tinggi. Atas dasar tersebut, UniMAP telah berjaya membantu pelajar melalui penawaran 104 peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan, dan menghulurkan bantuan kepada 2810 orang pelajar dalam usaha memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran disebabkan kekurangan sumber dan sebagainya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas memperkenankan penangguhan program ‘Anugerah Budi Gemilang Terpuji’ anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI)’ yang pada asalnya dirancang untuk diadakan di Kangar pada hari sabtu 26hb Jun 2021 yang akan datang berikutan arahan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Tarikh baru majis buat masa ini djadualkan semula kepada bulan Ogos namun tetap bergantung kepada arahan semasa dari Majis Keselamatan Negara berdasarkan situasi semasa pandemik Covid 19.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP, salah satu faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan pelajar dan juga warga universiti yang lain ialah infrastruktur mantap yang membantu dalam pelaksanaan tugasan dan operasi harian.

Tambah baginda, ‘Pada tahun 2020, beberapa penambahbaikan yang ketara dapat dicapai. Untuk infrastruktur ICT, antaranya UniMAP telah menaiktaraf capaian talian internet berkelajuan 10Gbps dan capaian point-to-point Kubang Gajah berkelajuan 1Gbps dengan kos yang lebih murah tetapi berkelajuan 5 kali ganda daripada sedia ada. Selain itu, UniMAP telah melaksanakan migrasi emel staf dan pelajar ke GMail yang melibatkan 15,000 akaun Gmail secara percuma dengan storan tanpa had untuk termasuk aplikasi Google Drive. Semua aplikasi Google diberikan juga secara percuma, yang merupakan satu kemudahan yang amat membantu dalam persekitaran pandemik yang sedang dilalui semua sekarang.

Pada masa yang sama, Tuanku Raja Muda menerangkan bahawa ‘Migrasi server’ dan pangkalan data ke Cloud@MAMPU Pusat Data Sektor Awam (PDSA) juga telah dilaksanakan yang akan memberi penjimatan yang besar kepada UniMAP untuk jangka panjang memandangkan lesen perisian dan perkakasan server dan penyelenggaraannya adalah disediakan secara percuma. Untuk peningkatan akses Internet, pemasangan 100 access point baharu UniMAP telah diusahakan iaitu di Asrama UniCiti, Asrama Pauh Putra (BUMITA), beberapa bangunan di Kampus Tetap, dan juga beberapa lokasi kampus teragih.

Sementara itu, sebanyak 18 sistem aplikasi baharu juga telah dibangunkan pada tahun lalu, dan sesetengahnya akan terus dimantapkan lagi pada tahun ini. Antara aplikasi tersebut ialah Sistem Kehadiran berasaskan Geo-Location, Sistem UniSmartCert (Blockchain), sistem UniSIS, sistem deklarasi kesihatan, sistem ePay UniMAP dan sistem pengurusan surat keluar masuk, FRIS. Laman web UniMAP yang baharu juga telah dinaik taraf supaya lebih menarik dan interaktif, dan antara muka baharu yang lebih mesra dan responsif terhadap semua peranti mudah alih.

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button