Alam SekitarBanjirBencana alamNasional

Kampung Sungai Serai, Hulu Langat ditenggelami banjir

OPERASI menyelamat mangsa banjir yang terkandas di Hulu Langat, Selangor kini sedang giat dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setakat ini, beberapa mangsa berjaya diselamatkan terdiri daripada warga emas, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak yang terperangkap dalam banjir.

Menerusi perkongsian di media sosial, antara kawasan yang turut terjejas teruk akibat banjir ialah Kampung Sungai Serai, Taman Sri Nanding dan kawasan sekitarnya.

Sejak awal pagi antara empat ke lima bot telah digerakkan ke kawasan-kawasan berkenaan untuk menyelamatkan mangsa selain empat ambulans turut disediakan bagi membawa mangsa mendapatkan rawatan.

Memetik laporan FMT, salah seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Saripah memaklumkan kebimbangannya terhadap keadaan bapa saudaranya yang masih terperangkap.


“Pakcik saya terperangkap sejak semalam lagi dan saya begitu risau ketika menghubunginya tadi. Dia memberitahu keadaan amat sejuk dan lapar kerana makanan sudah tiada.

“Air pun naik sampai ke paras bumbung rumah. Jadi, memang dia terperangkap dan hanya menunggu anggota bertugas menyelamatkan mereka,” katanya. – SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button