Politik

Pindaan perlembagaan lulus, Bersatu akan bertindak – Hamzah

PARTI  Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mula bertindak dengan mengambil beberapa langkah susulan ekoran pindaan perlembagaan parti itu sudah diluluskan pendaftar pertubuhan (ROS).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata. ia bagi memastikan segala tindakan parti itu selepas ini mengikut lunas perlembagaan dan undang-undang.

Malah, pihaknya merakam ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selepas meluluskan pindaan perlembagaan parti tersebut.

Katanya, pindaan perlembagaan tersebut diluluskan secara sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) Bersatu pada 2 Mac lalu.

“Beberapa langkah susulan akan diambil bagi memastikan segala tindakan selepas ini akan mengikut perlembagaan dan undang-undang.

“Pada masa yang sama, proses pemerkasaan parti sedang dilunaskan dan insya-Allah, Bersatu serta Perikatan Nasional akan kekal menjadi suara serta pilihan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum itu, Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan bahawa RoS telah meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu semalam. – SM

(Visited 35 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button