Nasional

Kampong Bharu: Jangan beri tawaran meragukan

TIDAK perlu beri tawaran meragukan kepada penduduk Kampong Bharu bagi membolehkan penempatan ikonik di Kuala Lumpur itu dibangunkan.

Adalah lebih baik memastikan pembangunan yang ingin dilaksanakan di sana benar-benar memberikan manfaat kepada penduduk.

Perkara itu dilihat mungkin harus diselesaikan pada peringkat awal sebelum menangani isu lain seperti waris pemilih tanah di sana.

“Kami tidak menolak sebarang pembangunan, tetapi adakah boleh dilakukan sekiranya mahu mengambil alih setiap tanah di sini.

“Setiap lot tanah di sini sekurang-kurangnya mempunyai 40 hingga 50 orang waris.

“Oleh demikian pihak MAS merasakan pembangunan di sini perlu dilakukan secara berperingkat dan mendapat perhatian semua waris.”

BACA > Akademi bola sepak kembali beroperasi — Suara Merdeka

Demikian kata Setiausaha Kehormat, Petempatan Pertanian Melayu (MAS), Shamsuri Suradi dalam sidang akhbar seperti dilaporkan portal MalaysiaGazette hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan pelan pembangunan perkampungan itu tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

SHAMSURI SURADI

Menurutnya, terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah sumber kewangan daripada kerajaan.

MAS tidak mempunyai halangan dan masih berfungsi dalam melaksanakan pembangunan di Kampong Bharu meskipun tidak lagi menjalankan undang-undang pentabdiran tanah, perancangan dan pengurusannya.

“Dalam pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Tan Sri Annuar Musa menyatakan kerajaan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

“Ternyata berbeza maklumat dan fakta dinyatakan kerajaan dahulu berbanding yang diperoleh sekarang.

BACA > Skandal Forex RM33 bilion beri kerosakan jangka panjang — Suara Merdeka

“Perbezaan itu termasuklah sokongan penduduk Kampong Bharu terhadap pembangunan sebelum ini,” jelasnya.

Tambah Shamsuri, pihaknya sentiasa terbuka dalam menerima sebarang perbincangan berhubung pembangunan petempatan itu.

Bagaimanapun, pelaksanaannya perlu melibatkan semua peringkat pemilik tanah.

Terdahulu, Khalid Samad ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pernah menawarkan pampasan sebanyak RM1,000 bagi setiap kaki persegi kepada pemilik tanah di sana.

Tawaran itu disifatkan beliau tertinggi selepas yang awal bernilai RM850 kaki persegi tidak diterima pemilik tanah Kampong Bharu.

Nilai RM1,000 kaki persegi didakwanya sebagai tertinggi berdasarkan nilai tanah di sana adalah sekitar RM43.5 juta bagi seekar.

BACA > Zahid Hamidi: Dari Budak Kampung Ke Putrajaya… — Suara Merdeka

Malah Khalid turut mendakwa bertemu dengan 1,716 pemilik tanah dan menyatakan 93.7 peratus daripada mereka bersetuju dengan tawaran tersebut. – SM

(Visited 471 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button