Nasional

Siapa pemilik RM500,000 dalam bagasi yang ditemukan di tempat letak kereta?

TIMBUL tanda tanya siapa pemilik RM500,000 dalam bagasi yang ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengawal keselamatan berusia 30-an itu membuat laporan semalam berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada pukul 8 pagi.
Katanya, pemeriksaan polis mendapati bagasi itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen.
Bagaimanapun katanya, polis akan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).
Kata Hussein, pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah itu, namun tidak meliputi lokasi bagasi ditemukan.
“Susulan itu, kita membuka kertas enkuiri polis berkaitan penemuan wang berkenaan,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Hussien meminta mana-mana individu yang tertinggal bagasi berisi wang berkenaan tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi talian 03-7966 2222 dengan membawa bukti-bukti berkaitan.
“Jika tiada mana-mana kndividu yang menuntut wang ini, kita akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – SM
(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button